HALA TUJU


  • Mesyuarat Lembaga Biasiswa Bilangan 2/2010 bertarikh  1 Disember 2010 bersetuju dengan Pelaksanaan Program Khas Pensarjanaan Pensyarah IPG 2011 hingga 2020.


  • ›Melalui program ini  satu pelan strategi telah dirangka bagi mencapai sasaran 33% pensyarah IPG memiliki ijazah kedoktoran menjelang 2020, manakala 100% pensyarah memiliki sarjana menjelang 2018


  • Mesyuarat Pengurusan Profesional Institut Pendidikan Guru Malaysia Bil.8/2012 bertarikh 19 Julai 2012 telah meluluskan Cadangan Pelaksanaan Program Sokongan Pensarjanaan Pensyarah Institut Pendidikan Guru, KPM.


  • ›Sehingga Mei 2012, IPG KPM hanya mempunyai mempunyai  315 ( 8.9%) pensyarah memiliki Ijazah Doktor Falsafah manakala 2880  (81.5%) pensyarah memiliki Ijazah Sarjana dan 340 (9.6%) pensyarah ijazah pertama


  • Sehingga Jun 2012, 179 pensyarah IPG yang sedang melanjutkan pengajian secara sambilan dengan pembiayaan sendiri.


  • Peratus kelulusan pensyarah yang mengikuti pengajian peringkat kedoktoran  yang menamatkan pengajian dengan jayanya hanya sekitar 20% dan sarjana 80% setahun. 


  • Program sokongan pensarjanaan pensyarah IPG (PROSPEN) perlu dilaksanakan bagi membantu pensyarah IPG khsususnya yang belajar secara sambilan/akan belajar menamatkan pengajian dengan jayanya di peringkat  PhD dan Sarjana

No comments:

Post a Comment